19 Nov 2008 | By: lilie

ALL ABOUT CINTA

Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang
ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya



Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong




Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali



Cintu adalah buta. Cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun,
tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain. Tidak semua orang yang engkau cintai,
mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan



Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya,
maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat



Sayang tidak bermaksud cinta. Suka, tidak serasi dengan cinta.
Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta



Cinta adalah Cinta



Cinta itu seperti sinar matahari, memberi Tanpa mengharap kembali



Cinta itu seperti sinar matahari, Tiak Memilih siapa yang ia sinari



Cinta itu seperti sinar matahari yang Memberi Kehangatan ihati



Cita-cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling menggembirakan,
Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi berbagai rintangan dan cibiran



Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain.
Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa



Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi.
Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan
dikecewakan.
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana
orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu



kamu akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sadari. Cinta adalah sesuatu yang indah,
cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta juga boleh membawa kekesalan yang tak sudah